HUKUM MENDOAKAN ORANG MATI

Apa yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis, contoh yang boleh diambil dari
perbuatan para sahabat dan amalan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpegang
dengan manhaj salaf hanyalah amalan berupa doa. Sememangnya doa orang-orang beriman
diterima oleh Allah dan akan sampai kepada orang yang telah mati jika si Mati itu beriman.
Namun berdoa yang dimaksudkan bukanlah dengan cara mentahlilkan, meyasinkan dan
membacakan al-Quran beramai-ramai untuk si Mati sebagaimana yang dilakukan oleh orangorang
awam (orang-orang jahil) dan para pembuat bid’ah.
Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya dan dibolehkan apabila mencontohi
sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat baginda atau amalan
orang-orang Salaf as-Soleh. Kemudian terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk
diterima atau ditolak. Penjelasan ini adalah bersandarkan kepada ayat-ayat di bawah ini:
وَالَّذِینَ جاءُ وْا مِنْ بَعْدِ ھِمْ یَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا الَّذِینَ سَبَقُونَ بِالاِیْمَانِ.
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai
Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum
kami”. (QS. Al-Hasyr, 59:10)
رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِیْنَ یَوْمَ یَقُوْمُ الْحِسَابِ.
“Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan
sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat).” (QS. Ibrahim,
14:41)

وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِیْنَ.
“Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang
beriman”. (QS. Muhammad,47:19)
Memohon doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang terdapat pada
dua ayat di atas termasuk perbuatan ibadah bukan bid’ah. Walaupun ayat-ayat ini

merupakan hujjah, tetapi ia tidak menerangkan atau mengajar bagaimana cara berdoa selain
yang telah dikerjakan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat, tabi’in
dan tabi’u at-tabi’in yang dikenali sebagai para Salaf as-Soleh.
Apa yang dilakukan oleh mereka yang menetapkan hari-hari tertentu, bulan-bulan
tertentu atau kerana sesuatu sempena yang khusus dengan mengadakan majlis yasinan atau
tahlilan maka itu adalah bid’ah yang diada-adakan. Ayat-ayat yang lalu menganjurkan agar
orang beriman berdoa untuk dirinya sendiri, untuk saudara-maranya yang beriman sama ada
yang masih hidup atau yang telah mati (hanya begitu sahaja) tidak lebih dari itu dan tidak
pernah diajar bagaimana ianya dikerjakan.
Sesiapa yang menganjurkan atau mencipta cara-cara tertentu yang diada-adakan
dengan membaca al-Quran dan berdoa seperti menganjurkan majlis yasinan dan tahlilan
sebagaimana yang dilakukan oleh aktivis bid’ah sekarang sedangkan tidak pernah disarankan
oleh al-Quran, diajar atau dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam dan
para sahabat, maka ia telah melakukan bid’ah yang ditolak dan diharamkan. Nabi sallallahu
‘alaihi wa sallam telah memperingatkan tentang perkara-perkara yang sengaja dicipta dan
diada-adakan dengan sabdanya:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَیْسَ عَلَیْھِ أمْرُنَا فَھُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan dari perintah kami (Allah
Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu tertolak”. [33]
مَنْ اَحْدَثَ فِىْ اَمْرِنَا ھَذَا مَا لَیْسَ مِنْھُ فَھُوَ رَدٌَّ. رواه البخارى ومسلم.
“Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalamurusan (agama) kami ini
sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak”. [34]
مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَیْرِ اَمْرِنَا فَھُوِ رَدٌّ
“Barangsiapa yang mencipta suatu urusan (agama) yang bukan atas suruhan
kami, maka ia tertolak (bid’ah)”.

tertentu seperti mengkhususkan suatu majlis untuk tujuan berdoa atau upacara pembacaan
ayat-ayat tertentu dari al-Quran yang bertujuan untuk menghadiahkan (mengirim) pahalanya
kepada orang mati sedangkan tidak ada suruhan atau contoh dari syara, maka segala
dakwaan itu adalah suatu pembohongan terhadap Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan
merupakan perbuatan bid’ah yang sesat bukan bid’ah hasanah sebagaimana yang
disangkakan.
Orang-orang yang sengaja membohongi Nabi Muhammad salallahu ‘alahi wa-sallam
terutamanya pada perkara-perkara akidah, ibadah atau agama, ia akan menerima azab yang
pedih, sebagaimana peringatan yang telah disampaikan oleh baginda melalui hadisnya:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْیَتَبَوَّأ مَقْعَدُهُ مِنَ النَّارِ. الحدیث المتواتر.
“Sesiapa yang berbuat dusta (pembohongan) atas (nama)ku,maka hendaklah
dia bersiap untuk menerima tempat duduknya dari api neraka”. [35]
Tidak ada penetapan masa, hari, tempat dan cara dalam beribadah kecuali yang telah
ditetapkan oleh al-Quran dan ditunjuk-ajar serta dicontohkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa sallam. Apa pun jenis amal-ibadah sama ada berdoa atau membaca al-
Quran apabila dilakukan seorang diri, beramai-ramai, diubah-suai, diadakan beberapa
peraturan dan ditentukan cara-caranya, maka ia termasuk perbuatan bid’ah lebih-lebih lagi
apabila pahala bacaannya diniatkan untuk dihadiahkan (dikirim) kepada orang mati.
Begitu juga dengan majlis-majlis kenduri arwah, tahlilan, yasinan, selamatan dan
sebagainya yang masih dilakukan oleh masyarakat Islam Nusantara, di mana semua
perbuatan tersebut amat nyata tidak ada keterangan atau suruhan dari al-Quran dan al-
Hadis. Dalam larangan yang berkaitan dengan hal-hal bid’ah seperti ini kita boleh mengambil
hadis Nabi yang melarang pengkhususan ibadah, seperti mengkhususkan ibadah dimalammalam
tertentu atau berpuasa dihari-hari tertentu:
عَنْ أبِى ھُرَیْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَتَخُصُّوا لَیْلَةَ الْجُمْعَةِ بِقِیَامِ مِنْ بَیْنِ
اللَّیَ الِى ، وَلاَ تَخُصُّ وا یَ وْمَ الْجُمْعَ ةِ بِصِ یَامٍ مِ نْ بَ یْنِ اْلأیَّ امِ اِلاَّ أنْ یَكُ ونَ فِ ى صَ وْمٍ ی َوْمُھُ
أحَدكُمْ.
“Dari Abi Hurairah, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: Janganlah kamu
khususkan malam Jumaat untuk melakukan ibadah antara malam-malam yang lain
dan janganlah kamu menentukan Hari Jumaat sahaja untuk berpuasa antara hari-hari
yang lain, kecuali memang singgah puasa (tidak secara langsung) yang dikerjakan
oleh seseorang kamu.”

Menetapkan malam-malam tertentu sebagai malam sunnah untuk beribadah jika
tidak ada suruhan, tidak ada contoh dan tidak ada keizinannya dari syara (al-Quran dan al-
Hadis), yang hanya dilakukan semata-mata kerana meniru (taklid) kepada perbuatan yang
diada-adakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab adalah amalan bid’ah, bukan
ibadah atau sunnah dan ditolak oleh syara serta perlu ditinggalkan dan dijauhi oleh orangorang
yang beriman. Allah Subhanahu wa ta’ala tidak menerima setiap amalan yang
dianggap bid’ah. Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak menerima (menolak) ibadah yang tidak
mencontohi Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam kerana baginda diutus sematamata
untuk memberi contoh tauladan dalam melaksanakan ibadah, sebagaimana dijelaskan
dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
لَقَ دْ كَ انَ لَكُ مْ فَ ى رَسُ وْلِ اللهِ اُسْ وَةٌ حَسَ نَةٌ لِمَ نْ كَ انَ یَرْجُ وْا اللهَ وَالیَ وْمِ اْلاَخِ رَ وَذَكَ رَ اللهَ
كَثِیْرًا.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu tauladan (contoh ibadah)
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan
(kedatangan)Hari Kiamat serta dia banyakmengingati Allah”. (QS. Al-Ahzab, 33:21)
Ayat ini telah menjelaskan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam diutus
hanyalah semata-mata untuk dijadikan contoh dalam mengamalkan setiap ibadah jika
seseorang itu mahu amal-ibadahnya diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesiapa yang
ingkar, menolak atau enggan mematuhi dan mencontohi Nabi Muhaammad salallahu ‘alaihi
wa-sallam dalam mengerjakan ibadah termasuklah bentuk bagaimananya ( كَیْفِی َّةٌ ) dan caracaranya
dalam melaksanakan setiap ibadah maka dia telah melakukan bid’ah dan menolak
(mengenepikan) peranan Nabi Muhammad sebagai Rasul utusan. Hadis sahih di atas ini juga
telah dikuatkan lagi oleh beberapa hadis yang berikut:
عَنْ اَبِي ھُرَیْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْھُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ قَالَ : كُلُّ اُمَّتِيْ یَدْخُلُوْنَ
الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى . قَ الُوْا : یَارَسُ وْلَ اللهِ وَمَ نْ یَ اْبَى؟ قَ الَ مَ نْ اَطَ اعَنِيْ دَخَ لَ الْجَنَّ ةَ وَمَ نْ
عَصَانِيْ فَقَدْ اَبَى.
“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu dari Nabi salallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Para
sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang enggan itu? Rasulullah
menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan sesiapa yang
durhaka kepadaku maka sesungguhnya dia telah enggan”. [37]
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam telah pun menunjuk ajar, menerang,
melaksana dan menentukan sah batalnya hukum-ahkam dalam syara yang wajib dijadikan
contoh dan dipatuhi oleh setiap mukmin. Sesiapa yang menyalahi cara dan bagaimananya
(kaifiat) Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam serta para sahabat melaksanakan

Ta’ala memberi peringatan dengan firman-Nya:
فَلْیَحْذَرِ الَّذِیْنَ یُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِیْبَھُمْ فِتْنَةٌ اَوْیُصِیْبَھُمْ عَذَابٌ اَلِیْمٌ. .
“Maka hendaklah diawasi oleh mereka yangmenyalahi perintahnya (perintah
Allah dan Rasul) bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau ditimpa oleh siksa yang
pedih”. (QS. An-Nur, 24:63)
تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَیْضَاء لَیْلُھَا كَنَھَارِھَا لاَیَزِیْغُ عَنْھَا بَعْدِيْ اِلاَّ ھَالِكٌ.
“Aku telah tinggalkan pada kamu agama ini dalam keadaan putih bersih
(jelas). Malamnya seperti siangnya yang tidak ada yang menyimpang daripadanya
setelah (kewafatanku kecuali akan ditimpakan kepadanya) kehancuran”.[38]
Dalam urusan agama dan amal-ibadah seseorang tidak boleh bersandar kepada
sangkaan, andaian, perkiraan, atau logika akal (otak manusia) semata-mata untuk
menghukum sesuatu sebagai wajib, haram, makruh, sunnah atau harus. Urusan ibadah
bukanlah urusan akal untuk mencipta dan menilainya. Agama dan hukum-ahkamnya adalah
urusan Allah Subhanahu wa Ta’ala Hanya Dia sahaja yang tahu dan layak mencipta serta
menguruskannya.
Seseorang yang telah mencipta sesuatu bentuk cara ibadah ia telah termasuk dalam
kalangan orang-orang yang menyerupai perbuatan Yahudi dan Nasrani. Telah disiapkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta’ala tempat mereka itu di neraka kerana kemungkarannya menambah
serta mereka-cipta ibadah mengikut selera, andaian, perkiraan dan sangka-sangkaan mereka
sendiri. Jika gejala seperti ini tidak dibendung dan dihapuskan oleh setiap pejuang sunnah,
tidak mustahil akan terus wujud berbagai-bagai lagi penambahan dan perbuatan bid’ah yang
akan merosakkan akidah, agama serta syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sangka-sangka
seperti ini telah diberitakan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala:
وَھُمْ یَحْسَبُوْنَ اَنَّھُمْ یُحْسِنُوْنَ صُنْعًا.
“Dan mereka menyangka bahawa mereka mencipta (ibadah) yang baik
(untuk mereka)”. (QS. Al-Kahfi, 18:104)
Perubahan agama seperti yang telah menimpa ke atas agama-agama sebelum Nabi
Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam tidak mustahil akan berlaku ke atas agama Islam jika
aktivis bid’ah yang fasik masih dibiarkan mencipta berbagai-bagai bid’ah.

Di dalam kitab “ar-Risalah” oleh Imam Syafie, beliau telah menyentuh isu bid’ah
(sesuatu yang diada-adakan dalam agama kemudian dianggap baik) dengan memberi
peringatan tegas melalui kata-kata beliau yang masyhur:
مَنِ اسْتَحْسَنَ فَقَدَ شَرَّعَ (وَمَنَ شَرَّعَ فَقَدْ كَفَرَ)
“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik satu-satu amalannya yang direka),
bererti dia telah membuat satu syariat (dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia
sudah kafir)”.[39]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengajarkan sesuatu yang tidak jelas atau
samar-samar dalam agama Islam, jauh sekali dari terlupa untuk menyampaikan apa yang
telah diterima dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tidak ada lagi yang tertinggal untuk
disampaikan kepada ummahnya walaupun satu huruf. Baginda tidak pernah merasa takut
atau gentar untuk menyampaikan dan menyempurnakan dakwah Islamiyah yang berupa
wahyu dari Allah Subhanahu wa ta’ala.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi jaminan akan kesempurnaan dakwah dan
penyampaian Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam disetiap aspeknya. Setiap yang
diterima dari Allah Subhanahu wa Ta’ala tiada yang tertinggal untuk disampaikan kepada
ummah walaupun sekecil hama atau zarrah. Firman Allah:
اَلْیَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِیْنَكُمْ وَاتْمَمْتُ عَلَیْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِیْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِیْنًا.
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku
cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redai Islammenjadi agamamu”. (QS.
Al-Maidah, 5:3)
Hakikatnya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mencontohkan,
menyuruh atau mengajar para sahabat baginda cara sebagaimana yang diamalkan sekarang
untuk membacakan al-Quran atau menghadiahkan pahala bacaannya kepada orang mati.
Apa yang pernah dilakukan dan diajarkan oleh baginda kepada para sahabat ialah cara-cara
berdoa untuk orang mati, cara menziarahi kubur dan salam serta ucapan yang harus
diucapkan semasa mereka masuk ke kawasan perkuburan (menziarahi kubur) sebagaimana
hadis sahih di bawah ini:
كَ انَ رَسُ ولُ اللهِ صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ یُعَل ِّمُھُمْ اِذَا خَرَجُ وا اِلَ ى الْمَ قَابِرِ فَكَ انَ قَائ ِلُھُمْ
ی َقُولُ : اَلسَّ لاَمُ عَلَ یْكُمْ أھْ لَ ال دِّیَارِ مِ نَ الْمُؤْمِن ِیْنَ وَالْمُسْلِمِ یْنَ فَ اِنْ شَ آءَ اللهُ بِكُ مْ
لاَحِقُونَ اَنْتُمْ فَرَطْنَا وَنَحْنُ لَكُمْ تَبعَ وَنَسْألُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِیَةَ.

“Pernah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallammengajar para sahabat semasa
mereka ingin berziarah kubur supaya mereka mengucapkan: [40]
اَلسَّلاَمُ عَلَیْكُمْ أھْلَ الدِّیَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِیْنَ وَالْمُسْلِمِیْنَ فَاِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ أنْ تُمْ فَرَطْنَ ا
وَنَحْنُ لَكُمْ تَبَعَ وَنَسْألُ اللهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِیَةُ.
Dalam hadis ini, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan para
sahabat cara memberi salam dan doa. Baginda tidak pernah pula mengajar atau menyuruh
membaca al-Quran semasa menziarahi kubur. Dalam hadis-hadis yang sahih telah diceritakan
bahawa Nabi pernah menziarahi perkuburan Baqi’ di Madinah tetapi tiada satu pun riwayat
yang sahih menjelaskan bahawa baginda pernah membaca al-Quran di atas kuburan atau
menghadiahkan pahala bacaan baginda kepada penghuni kubur di Baqi’.
Sekiranya amalan membaca al-Quran di kuburan atau di mana sahaja yang bertujuan
untuk menghadiahkan pahala bacaannya kepada ahli kubur (arwah atau orang mati) itu baik
dan mulia, ditambah pula dengan mengadakan kenduri dan jemputan secara besar-besaran
atau kecil-kecilan itu juga boleh dianggap terpuji dan baik, tentulah Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa sallam orang yang pertama melakukannya. Ini adalah kerana Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah insan yang paling takwa kepada Allah, paling
kuat beribadah dan paling cinta kepada kebaikan.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi sallam adalah Nabi yang sangat mencintai keluarga
dan para sahabat tetapi semasa berlaku kematian sahabat, tidak pernah baginda
mengadakan kenduri tahlilan atau yasinan untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada
sahabat baginda itu.
Jika sekiranya pahala membaca al-Quran boleh dihadiahkan kepada para arwah di
kubur untuk menolong dan menambah pahala orang yang telah mati, tentulah Nabi
sallallahu ‘alaihi wa sallam awal-awal lagi telah membacakan al-Quran untuk dihadiahkan
pahala bacaannya kepada arwah sahabat-sahabat yang sangat baginda cintai dan kubur
mereka sering baginda ziarahi. Perbuatan yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah perbuatan bid’ah kerana tiada contoh dan suruhan dari
baginda.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui semua ibadah yang paling
baik dan sempurna, disusuli oleh para sahabat kerana mereka hidup di samping Nabi
sallallahu ‘alaihi wa sallam, di zaman turunnya al-Quran, dikurun yang terbaik dan dizaman
terlaksananya keseluruhan suruhan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mereka tidak pernah
mengadakan kenduri arwah, tahlilan atau amalan yang khusus untuk orang mati
sebagaimana yang dilakukan oleh aktivis bid’ah dewasa ini.
Cara untuk berdoa atau bersedekah dari harta peninggalan si Mati tidak semestinya
melalui kenduri tahlilan, yasinan atau dibaca beramai-ramai melalui majlis-majlis keramaian,
majlis kenduri atau sebagainya kerana perbuatan serupa itu tidak ada suruhan dari al-Quran,
sama sekali tidak ada contohnya dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, dari para

sahabat atau dari golongan Salaf as Soleh. Mengerjakan sesuatu yang dianggap ibadah jika
tiada suruhan dan tiada contohnya dari syara adalah bid’ah dhalalah. “Semoga Allah
Subhanahu wa Ta’ala menjauhkan kita dari bid’ah yang menyesatkan dengan sentiasa
memberikan hidayah-Nya”.
Tidak ada jalan keluar untuk menyelamatkan ibadah dan akidah seseorang dari
terjebak ke kancah kesesatan (bid’ah), khurafat dan kemungkaran (syirik) kecuali setelah
kembali kepada al-Quran, al-Hadis yang sahih dan ijmak ulama Salaf as-Soleh. Dan hanya
dengan memahami kedua-dua kitab ini kemudian terus mematuhinya akan menanamkan
keyakinan akidah yang murni di samping menunjuk ajar cara yang sempurna untuk mengatur
segala muamalah dalam kehidupan manusia yang beriman.
Hadis-hadis sahih pula akan memberikan segala contoh yang telah ditunjuk dan
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam supaya diimani, diamalkan
dan dipatuhi. Hanya dengan berpegang teguh kepada gabungan dua kitab ini sahajalah yang
dapat membuka pintu hidayah untuk seseorang sehingga segala ubudiyahnya terhadap Allah
benar-benar bersih dari segala unsur bid’ah dan jahiliah yang menyesatkan. Inilah yang
dinamakan “tazkiyah” atau “tasfiyah” di dalam syara.

About these ads
  1. No trackbacks yet.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.