MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI

Jika dipertimbangkan mengikut logika akal, amalan membaca fatihah atau membaca
ayat-ayat al-Quran kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada si Mati (arwah),
tentulah tidak ada salahnya, malah ia menggambarkan suatu perbuatan yang baik, bagus dan
mulia. Begitu juga dengan membaca al-Quran dengan mengadakan kenduri arwah, tahlilan
atau yasinan beramai-ramai atau berseorangan, sama ada yang dikhususkan di malammalam
tertentu, di hari-hari tertentu, di bulan-bulan tertentu atau di tempat-tempat tertentu
seperti di atas kubur dan sebagainya, pastinya sekali pandang perbuatan ini adalah baik,
malah menggambarkan pekerjaan terpuji kerana antara tujuannya ialah untuk
menghapuskan dosa seseorang (roh orang mati) di samping mengirim pahala yang dibaca
oleh orang yang ramai kepada si mati untuk mengurangkan penderitaannya. Namun, apabila
dikembalikan kepada syara ia adalah perbuatan bid’ah yang mungkar.
Ada antara mereka (terutama pengemar kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan
selamatan) berhujjahkan hadis berikut untuk membolehkan membaca surah Yasin sama ada
untuk menghapuskan dosa si Mati atau mengirim pahala bacaan tersebut kepada si Mati:
مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَیْھِ اَوْ اَحَدِھِمَا یَوْمَ الْجُمْعَةِ فَقَرَاَ یَس ، غُفِرَ لَھُ .
“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari
keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan
diampunkan dosanya”.
Hadis di atas ini adalah hadis batil, palsu atau tidak ada asal usulnya. Terdapat di
dalam sanadnya seorang yang bernama ‘Amar yang dikenali sebagai pemalsu hadis dan

banyak meriwayatkan hadis-hadis yang batil. Imam Daraqutni rahimahullah berkata tentang
‘Amar: “Amar adalah seorang pemalsu hadis”. [6]
Terdapat beberapa ulama yang sezaman dengan Imam Syafie yang telah
mengharamkan kenduri arwah, salah seorang dari mereka ialah sahabat Imam Syafie
bernama Imam Muzani rahimahullah, beliau menolak pendapat mereka yang membolehkan
kenduri arwah, malah beliau telah menfatwakan tentang pengharaman mengirim
(menghadiahkan) pahala dari bacaan al-Quran untuk menyelamatkan orang mati
sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah, beliau berkata:
فَاَعْلَمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ مِثْلَ مَا اَعْلَمَ اللهُ مِنْ اَنَّ جِنَایَةَ كُلِّ امْرِئٍ عَلَیْھِ كَمَا
اَنَّ عَمَلُھُ لَھُ لاَ لِغَیْرِهِ وَلاَ عَلَیْھِ.
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallamtelahmemberitahu sebagaimana Allah
memberitahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri
sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan
orang lain”. [7]
Terdapat juga segolongan mereka yang berhujjahkan fatwa Syeikhul Islam Imam Ibn
Taimiyah rahimahullah yang pernah membolehkan perbuatan mereka yang menghadiahkan
pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati, tetapi pada kenyataannya Syeikhul
Islam Ibn Taimiyah telah rujuk (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau), yang mana
beliau telah menegaskan:
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila
mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu
pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”
Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang pada
asalnya membolehkan (menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si Mati) kemudian
mengharamkannya, ianya boleh ditemui di dalamkitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul
Majmu” تكملة المجموع – شرح مھذب jld. 10 hlm. 417.
Di dalam kitab ( الخازن الجمل ) juz. 4 hlm. 236 dan di dalam kitab “Syarah Muslim” juz 1
hlm. 90. Imam an-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan pendapat Imam as-Syafie
tentang perbuatan yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah iaitu pengiriman pahala
kepada orang mati. Beliau berkata:
وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْھُوْرُ مِنْ مَذْھَبِ الشَّافِعِى اَنَّھُ لاَ تَصِلُ ثَوَابُھَا اِلَى الْمَیِّتِ.
“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur di kalangan mazhab Syafie
bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.

Sekali lagi Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan dalam kitab الس بكي – تكمل ة
المجموع ، شرح مھذب juz 10 hlm. 426 bahawa:
وَاَمَّ ا قِ رَاءَ ةُ الْقُ رْآنِ وَجَعَ لَ ثَوَابَھَ ا لِلْمَیِّ تِ وَالصَّ لاَةُ عَنْ ھُ وَنَحْوَھَ ا فَ ذَھَبَ الشَّ افِعِي
وَالجُمْھُوْرُ اَنَّھَا لاَ تَلْحَقُ الْمَیِّتَ ، وَكَرَّرَ ذَلِكَ فِى عِدَّةِ مَوَاضِعِ فِى شَرْحِ مُسْلِمِ.
“Adapun pembacaan al-Quran danmenghadiahkan pahalanya kepada orang
mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur
ulama Syafie adalah tidak sampai kepada siMati. Penjelasan seperti ini telah diulangulang
(oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.
Di dalam kitab الفت اوى الكب رى الفقھی ة Syeikh al-Haitami rahimahullah juga telah
menjelaskan:
اَلْمَیِّتُ لاَیُقْرَاُ عَلَ ى مَااَطْلَقَ ھُ الْمُتَقَ دِّمُوْنَ مِ نْ اَنَّ الْقِ رَاءَ ةَ لاَ تصِ لُھُ اَي الْمَیِّ تَ لاَنَّ ثَوَابَھَ ا
لِلْقَارِئ وَالثَّوَابُ عَلَى عَمَلِ لاَیُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ الْعَمَلِ ، قَالَ تَعَالَى {وَاَنْ لَیْسَ للاِنْسَ انِ
اِلاَّ مَاسَعَى}.
“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang
ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak
sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala
amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman
Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang
dikerjakannya sendiri”.
Ada yang berpendapat bahawa ayat 39 di surah an-Najm ini telah dan dimansuhkan
oleh ayat 21 di surah ath-Thur. Imam Syaukani rahimahullah menolak pendapat ini dan
beliau berkata:
“Adapun makna dari ayat: (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas
usahanya sendiri). Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu
tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan
ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai
takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa
seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai
takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami
akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
Namun apabila dibuka secara ilmiyah ruang agama untuk membincangkan, mengkaji
dan meneliti semula amalan yang diperkatakan di atas, terbukti ia terlalu bertentangan

dengan syara, malah termasuk dalam amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan
bid’ah. Benarnya kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjahhujjah
dan dalil-dalil syara yang dikemukakan oleh para ulama dari kalangan mazhab Syafie.
Walaupun ada pendapat yang menyangka bahawa persoalan kenduri arwah, yasinan,
tahlilan dan selamatan ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan lagi kerana (kononnya) ia
telah lama diselesaikan oleh para ulama, namun perlu diketahui bahawa yang telah
diselesaikan oleh para ulama terutamanya Imam Syafie dan para ulama yang bermazhab
Syafie ialah tentang pengharaman dan bid’ahnya amalan tersebut bukan sebaliknya.
Pembuktian kenyataan ini dapat difahami dan dibuktikan melalui beberapa fatwa Imam
Syafie dan para ulama as-Syafieyah sebagaimana yang telah di nukil di dalam tulisan ini.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: