PENGHARAMAN KENDURI ARWAH, TAHLILAN, YASINAN & SELAMATAN

Amalan mengadakan kenduri arwah dengan pembacaan surah al-Fatihah, Surah al-
Ikhlas, Surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan beberapa ayat yang lain secara beramairamai
amat bertentangan dengan nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan athar para sahabat.
Membaca al-Quran berjamaah (beramai-ramai) dengan mengangkat suara sehingga tidak
ketahuan bunyi bacaan dan siapa pendengarnya telah ditegah oleh Allah di dalam firmanNya:
وَاِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوْا لَھُ وَاَنْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ.
“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah
dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. (QS. Al-A’raf, 7:204)
Begitu juga al-Quran diturunkan dari langit bukan untuk dibacakan kepada orang
yang sudah mati, tetapi untuk orang yang masih hidup dan wajib dibaca oleh mereka yang
masih hidup, kerana orang mati sudah tidak mampu lagi mendengar perintah al-Quran
sebagaimana firman Allah:
اِنَّكَ لاَ تُسْمِعُ الْمَوْتَى
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu mendengar”.
(QS. An-Naml, 27:80)
وَمَا یَسْتَوِى اْلاَحْیَآءُ وَلاَ اْلاَمْوَاتُ ، اِنَّ اللهَ یُسْ مِعُ مَ نْ یَّشَ آءُ ، وَمَ ا اَنْ تَ بِمُسْ مِعٍ مَّ نْ فِ ى
الْقُبُوْرِ.
“Dan tidak sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati,
sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya

dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang dalam kubur dapat
mendengar”.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam pula telah bersabda bahawa apabila
seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua
tangungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan
terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya
kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:
اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَان اِنْقَطَعَ عَنْھُ عَمَلُھُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِیَةٍ ، اَوْعِلْمٍ یُنْتَفَعُ ب ِھِ ،
أوْوَلَدٍ صَالحٍ یَدْعُوْلَھُ
“Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.”[8]
Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh untuk ibu
bapanya, namun permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk mereka
yang sudah mati juga diharuskan. Walau bagaimanapun, doa dari anak yang soleh adalah
berpanjangan dan tidak terputus kerana anak termasuk hasil usaha seseorang semasa di
dunia yang keluar dari tulang sulbinya.
Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal
jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa
sallam menggalakkan orang-orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan
yang solehah, yang subur dan pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang
ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga tidak
dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-
Soleh bahawa amalan ibu-bapa yang terputus sewajarnya disambung oleh anak-anak yang
ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa yang perlu diberi perhatian: “Hanya anak-anaknya
sahaja, bukan orang lain” yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus
sebagaimana yang dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :
یَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَیْھَا صَوْمُ شَھْرٍ اَفَاَقْضِیْھِ عَنْھَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ
دَیْنٌ اَكُنْتَ قَاضِیْھِ عَنْھَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَیْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ یُقْضَى.
“Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi
sallallahu ‘alaihi wasallambertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telahmeninggal sedangkan
dia masih berhutang puasa sebulan belumdibayar, apakah boleh akumembayarnya
untuk ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah

engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda:
Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya” [9]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْھَا : اَنَّ رَجُلاً اَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : یَ ا رَسُ وْلَ
اللهِ اِنَّ اُمِّيْ اقْتُلِتَتْ نَفْسَ ھَا وَلَ مْ تُ وْصِوَاَظُنُّھَ ا لَوْتَكَلَّمَ تْ تَصَ دَّقَتْ اَفَلَھَ ا اَجْ رٌ اِنْ تَصَ دَّقْتُ
عَنْھَا ؟ قَالَ : نَعَمْ .
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata: Bahawasanya seorang lelaki datang
kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallamdan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah
mati mendadak, sehingga dia tidak berkesempatan untuk berwasiat dan saya rasa
andaikan ia mendapat kesempatan berkata tentu dia berwasiat (supaya bersedekah).
Adakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda sallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab: Ya”. [10]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمَا اَنَّ امْرَاَةً مِنْ جُھَیْنَةَ جَاءَ تْ اِلَى النَّبِ يِّ صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ
وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : یَا رَسُوْلَ اللهِ ، اَنَّ اُمِّيْ نَذَرَتْ اَنْ تَحِجَّ فَلَمْ تَحِجَّ حَتَّى مَاتَتْ اَفَاَحِجُّ عَنْھَ ا ؟
قَالَ : نَعَمْ حُجِّيْ عَنْھَا . اَرَاَیْتِ لَوْ كَانَ عَلَیْھَا دَیْ نٌ اَكُنْ تَ قَاضِ یَتَھُ ؟ اُقْضُ وْا اللهَ فَ اللهُ اَحَ قُّ
بِالْقَضَاءِ وَفِى رِوَایَةٍ : فَاللهُ اَحَقُّ بِالْوَفَاءِ.
“Dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang perempuan dari suku
Juhainah datang kepada nabi Sallallahu ‘alaihi wasallambertanya: Ibuku nazar akan
mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal sebelummenunaikan nazarnya apakah
boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya, hajikan untuknya, bagaimana
sekiranya ibumu menanggung hutang, apakah engkau yangmembayarnya? Bayarlah
hak Allah, kepada Allah lebih layak orang membayarnya”.[11]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمَا . اَنَّ رَجُلاً اَتَ ى النَّبِ يُّ صَ لَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ فَقَ الَ : اَنَّ
اَبِىْ مَاتَ وَعَلَیْ ھِ حَجَّ ةُ اْلاِسْ لاَمِ اَفَ اَحُجَّ عَنْ ھُ ؟ فَقَ الَ : اَرَاَیْ تَ لَ وْ اَنَّ اَبَ اكَ تَ رَكَ دَیْنً ا عَلَیْ ھِ
اَتَقْضِیْھِ عَنْھُ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَاحْجُجْ عَنْ اَبِیْكَ
“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada
NabiMuhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallamlalu bertanya: Ayahku telahmeninggal
dan belum mengerjakan haji, apakah boleh aku menghajikannya? Baginda
menjawab: Bagaimana jika ayahmu meninggalkan hutang, apakah kamu yang
membayarnya? Jawabnya: Ya. Baginda bersabda: Maka hajikanlah untuk ayahmu”.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمَا قَالَ : تُوُفِّیَتْ اُمُّ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ وَھُوَ غَائِبٌ عَنْھَا . فَقَالَ
: یَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ تُوُفِیَّتْ وَاَنَا غَائِبٌ عَنْھَا اَیَنْفَعُھَا شَيْءٌ اِنْ تَصَدَّقْتُ بِھِ عَنْھَا ؟ قَ الَ
: نَعَمْ . قَالَ فَاِنِّيْ اُشْھِدُكَ اَنَّ حَائِطِى الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَنْھَا
“Dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Ibu Sa’ad bin ‘Ubadah ketika
meninggal sedang Sa’ad tidak ada. Lalu Sa’ad berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku
telah meninggal diwaktu aku tidak ada di rumah, apakah kiranya akan berguna
baginya jika aku bersedekah? Baginda menjawab: Ya!. Berkata Sa’ad: Saya
persaksikan kepadamu bahawa kebun kurma yang berbuah itu sebagai sedekah
untuknya”. [13]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمَا قَالَ: جَاءَ تْ اِمْرَاَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَقَالَتْ : یَ ا رَسُ وْلَ اللهِ ،
اَنَّ فَرِیْضَ ةَ اللهِ عَلَ ى عِبَ ادِهِ فِ ى الْحَ جِّ اَدْرَكَ تْ اَبِ يْ شَ یْخًا كَبِیْ رًا لاَ یَثْبُ تُ عَلَ ى الرَّاحِلَ ةِ .
اَفَاَحُجُّ عَنْھُ ؟ قَالَ : نَعَمْ . وَذَلِكَ فِى حَجَّةِ الْوَدَاعِ
“Dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Seorang wanita dari suku Khasy’am
datang kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ya
Rasulullah! Kewajipan Allah atas hambaNya berhaji telahmenimpakan ayahku yang
sangat tua sehingga tidak dapat berkenderaan, apakah boleh akumenghajikannya?
Bagindamenjawab: Ya boleh. Dan pertanyaan ini terjadi ketika haji al-Wada’. [14]
عَنْ اَبِيْ ھُرَیْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْھُ اَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَیْ ھِ وَسَ لَّمَ : اِنَّ اَبِ يْ مَ اتَ
وَتَرَكَ مَالاً وَلَمْ یُوْصِفَھَلْ یَكْفِى عَنْھُ اَنْ اَتَصَدَّقَ عَنْھُ؟ قَالَ : نَعَمْ.
“Dari Abi Hurairah radiallahu anhu berkata: Ada seorang lelaki datang
kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa-sallamdan berkata: Ayahku telah meninggal dan
dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka apa berguna baginya jika aku
bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya”. [15]
Al-Quran menjadi garis panduan kepada mereka yang masih hidup. Dengan
demikian, orang yang dapat mengambil panduan mestilah dari kalangan orang-orang yang
masih hidup sahaja. Orang-orang yang telah mati sudah tidak memerlukannya lagi kerana
kehidupannya telahpun berakhir di dunia ini. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam
surah Yasin bahawa:
اِنْ ھُوَ اِلاَّ ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِیْنٌ . لِیُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَیا وَیَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِریْنَ.

“Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi
penerangan supaya dia memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup”. (QS.
Yaasin, 36:69-70)
Anehnya, surah ini telah disalah gunakan dengan menjadikan bacaan dari yang hidup
untuk si Mati dengan kepercayaan bahawa pahala bacaan dapat memberi manfaat kepada si
Mati. Inilah sangkaan yang buruk terhadap kesempurnaan kitab Allah disebabkan kejahilan
dan mengabaikan ilmu. Mereka tidak sedar untuk apa tujuan sebenar al-Quran diturunkan
kepada manusia. Mereka melakukan sesuatu terhadap al-Quran tanpa keizinan dari Allah
dan RasulNya sepertimana perbuatan Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka yang
akhirnya terjadi tambahan, perubahan dan pemansukhan kepada kitab mereka.
Secara yang tidak disedari, perkara seperti ini telah dilakukan juga oleh umat Islam
dengan menambah-nambah, mereka-reka dan mengada-adakan amalan yang dicipta oleh
mereka sendiri yang disangka baik, akhirnya ia membawa kepada perbuatan bid’ah dan
dosa. Allah telah menerangkan akan ramainya manusia seperti ini lantaran berburuk sangka
terhadap kesempurnaan al-Quran sehingga berani melakukan sesuatu terhadap al-Quran
mengikut hawa hafsu mereka. Allah berfirman:
یَظُنُّوْنَ بِاللهِ غَیْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاھِلِیَّةِ.
“Mereka menyangka tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan orangorang
jahiliah”. (QS. Ali Imran, 3:154)
وَمَا لَھُمْ مِنْ عِلْمٍ اِنْھُمْ اِلاَّ یَظُنُّوْنَ.
“Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain
hanyalah menduga-menduga (menyangka) sahaja”. (QS. Al Jasiyah, 45:24)
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa setiap
insan hanya bertanggungjawab di atas apa yang telah diamalkan oleh dirinya sendiri semasa
di dunia. Tidak ada keterangan bahawa seseorang itu akan memikul tanggungjawab di atas
amalan yang dilakukan oleh orang lain, sama ada yang bersangkut-paut dengan dosa atau
pahala sebagaimana keterangan ayat di bawah ini:
اَلاَّ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ اُخْرَى ، وَاَنْ لَیْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.
“Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa seseorang yang
lain dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi ganjaran melainkan apa
yang telah ia kerjakan”. (QS. An-Najm, 53:38-39)
Berkata al-Hafiz Imam Ibn Katsir rahimahullah:

وَ مِ نْ ھَ ذِهِ اْلآیَ ةِ الْكَرِیْمَ ةِ اِسْ تَنْبَطَ الشَّ افِعِى رَحِمَ ھُ اللهُ وَمَ نِ اتَّبعُ ھُ اَنَّ الْقِ رَاءَ ةَ لاَ یَصِ لُ
اِھْدَاء ثَوَابَھَا الْمَوْتَى لاَنَّھُ لَ یْسَ مِ نْ عَمَلِھِ مْ وَلاَ كَسْ بِھِمْ وَلِھَ ذَا لَ مْ یُنْ دَب اِلَیْ ھِ رَسُ وْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَیْھِ وَسَلَّمَ اُمَّتَھُ وَلاَ حَثَّھُمْ عَلَیْھِ وَلاَ اَرْشَدَھُمْ اِلَیْھِ بِنَصٍ.
“Melalui ayat yang mulia ini, ImamSyafie rahimahullah dan para pengikutnya
mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak
sampai kepada siMati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha meraka (si
Mati). Oleh kerana itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah
mensunnahkan umatnya dan mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan
tidak pula menunjuk kepadanya (menghadiahkan bacaan kepadasiMati)walaupun
dengan satu nas (dalil)”. [16]
Al-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:
لَیْسَ لَھُ اِلاَّ اَجْرُ سَعْیِھِ وَجَزَاءُ عَمَلِھِ وَلاَ یَنْفَعُ اَحَدًا عَمَلُ اَحَدٍ.
“Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas usahanya dan
ganjaran amalan (yang diamalkannya sendiri), ia tidak memberi manfaat kepada
seseorang akan amalan orang lain.” [17]
Menurut Imam Ibn Katsir rahimahullah pula ayat di atas bermaksud:
كَمَا لاَیحْملُ عَلَیْھِ وِزْرُ غَیْرِهِ كَذَلِكَ لاَیَحْصلُ مِنَ اْلاَجْرِ اِلاَّ مَا كَسَبَ ھُوَ نَفْسَھُ.
“Sebagaimana tidak dipikulkan (tidak dipertanggung-jawabkan) dosa orang
lain begitu juga ia tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan
(usahakan) sendiri (semasa di dunia)”. [18]
Imam Ibn Katsir rahimahullah seterusnya menegaskan bahawa:
اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِھَا اِنْ خَیْرً فَخَیْرًا وَاِنْ شَرَّا فَشَرا
“Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan menurut amalnya, jika
baik maka baiklah balasannya dan jika buruk maka buruklah balasannya”. [19]
Dan Imam Ibn Katsir berkata lagi:

لَمْ یُنْقَلْ ذَلِكَ عَنْ اَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمْ وَلَوْكَانَ خَیْرًا لَسَبَقُوْنَا اِلَیْھِ.
“Tidak pernah disalin (diterima) perkara itu (menghadiahkan bacaan kepada
orang mati) walaupun dari seorang dari kalangan para sahabat radiallahu ‘anhum.
Jika sekiranya ia suatu yang baik pastimereka telah mendahului kitamelakukannya”.
[20]
Imam at-Tabari rahimahullah pula menafsirkan ayat ini:
اَنَّھُ لاَ یُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّ بِعَمَلِھِ خَیْرًا كَانَ اَوْ شَرا
“Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan dari amalnya,
melainkan apa yang telah dikerjakan, sama ada (amalnya) itu baik atau buruk”. [21]
Dan seterusnya Imam at-Tabari menjelaskan lagi:
لاَیُؤَاخَذُ بَعُقُوْبَةِ ذَنْب غَیْرُ عَامِلِھِ وَلاَ یُثَابُ عَلَى صَالِحٍ عَمَلِھِ غَیْرُهُ
“Tidak disiksa seseorang itu dengan sesuatu siksaan jika ia tidakmengerjakan
dosa tersebut, dan tidak diberi ganjaran di atas amal soleh untuk orang yang tidak
mengerjakannya “. [22]
Imam Fakhur ar-Razy rahimahullah pula menafsirkan:
اِنَّ الْحَسَنَةَ الْغَیْرِ لاَ تُجْدِى نَفْعًا وَمَنْ لَمْ یَعْمَلْ صَ الِحًا لاَیَنَ الُ خَیْ رًا فَیَكْمُ لُ بِمَ ا وَیَظْھَ رُ اَنَّ
الْمُسِیْئَ لاَ یَجِدُ بِسَبَبِ حَسَنَةِ الْغَیْرِ تَوَابًا وَلاَ یَتَحَمَّلُ عَنْھُ اَحَدٌ عِقَابًا.
“Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak memberi manfaat kepada orang
lain yang tidak melakukannya, sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak mendapat
kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah jelas bahawa orang yang
berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan tidak
seseorangpun akan menanggung dosanya”

Al-Hafiz Imam Jalalain rahimahullah pula menegaskan:
فَلَیْسَ لَھُ مِنْ سَعْيِ غَیْرِهِ الْخَیْرَ شَیْئٌ
“Maka seseorang tidak akan mendapat apa-apapun dari usaha orang lain”.
[24]
Ayat di atas ini amat jelas. Setiap orang mukmin yang berilmu dan beriman tidak
mungkin berani mengubah ayat di atas ini kepada maksud yang sebaliknya atau menafsirkan
kepada maksud dan pengertian yang bertentangan dengan penafsiran yang diizinkan oleh
kaedah ulumul Quran atau syarat penafsiran yang diterima oleh syara. Tambahan pula ayat
di atas ini sudah jelas makna, maksud dan pengertiannya. Ia telah ditafsirkan juga oleh
jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis dari Aisyah radhiallahu ‘anha:
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْھُمَا : قَالَتْ عَائِشَةُ (لَمَّا سَمِعَتُ ذَلِكَ) حَسْبُكُمُ الْقُ رْآن ، وَلاَ
تَزِرُوْا وَازِرَة وِزْرَ أخْرَى. رواه البخاري ومسلم.
“Berkata Ibn Abbas: Telah berkata Aisyah radiallahu ‘anha ketikamendengar
hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak
(dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang yang lain”. [25]
Imam Ibn Katsir pula menjelaskan:
اِنَّ النُّفُوْسَ اِنَّمَا تُجَازَى بِاَعْمَالِھَا اِنْ خَیْرًا فَخَیْرًا وَاِنْ شَرا فَشَرا.
“Seseorang jiwa hanya dibalas menurut amalannya. Jika baik maka baiklah
balasannya dan jika amalannya jahat maka jahatlah balasannya”. [26]
Oleh yang demikian, sepatutnya setiap mukmin dapat mengenal dan memahami ayat
dan hadis yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang disemainya:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِھِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَیْھَا وَمَارَبُّكَ بِظَلاَّمٍ لِلْعَبِیْدِ.
“Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan
sesiapa berbuat kejahatan maka (dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah
Tuhanmu menganiaya hamba”. (QS. Fushilat, 41:46)

وَمَا تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
“Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan”. (QS.
As-Safaat, 37:39)
لَھَا مَاكَسَبَتْ وَعَلَیْھَا مَا اكْتَسَبَتْ.
“Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia
usahakan”. (QS. Al-Baqarah, 2:286)
مَنْ كَفَرَ فَعَلَیْھِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأِنْفُسِھِمْ یَمْھَدُونَ.
“Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat)
kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah
(tempat yang menggembirakan)”. (QS. Ar-Rum, 30:44)
مَنْ عَمِلَ سَیِّئَةً فَلاَ یُجْزَى اِلاَّ مِثْلَھَا.
“Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan
sebanding dengan kejahatan”. (QS. Al-Mukmin, 40:40)
مَنِ اھْتَدَى فَاِنَّمَا یَھْتَدِى لِنَفْسِھِ وَمَنْ ضَلَّ فَاِنَّمَا یَضِلُّ عَلَیْھَا وَلاَ تَزِرُوْا وَازِرَةٌ وِزْرَ أخْرَى
وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِیْنَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً.
“Sesiapa yang beramal secara yang bersesuaian dengan hidayah (Allah),maka
sesungguhnya dia telah berbuat untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang
sesat maka kesesatan itu bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan
dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang sebelum
Kami mengutus seorang Rasul”. (QS. Al-Isra’, 17:15)
مَنْ تَزَكَّى فَاِنَّمَا یَتَزَكَّى لِنَفْسِھِ.
“Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah
membersihkan dirinya sendiri”. (QS. Fatir, 35:18)

وَاتَّقُوْا یَوْمًا لاَتَجْزِى نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَیْئًا.
“Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang (di hari tersebut) tidak
boleh seseorang melepaskan sesuatu apa pun dari seseorang yang lain”. (QS. Al-
Baqarah, 2:123)
فَالْیَوْمَ لاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَیْئًا وَلاَ تُجْزَوْنَ اِلاَّ مَاكُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ.
“Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya sedikit juapun
dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan”. (QS. Yaasin,
36:54)
یَاایُّھَاالنَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ وَاخْشَوا یَوْمًا لاَ یَجْزِيْ وَالِ دٌ عَ نْ وَلَ دِهِ وَلاَ مَوْلُ وْدٌ ھُ وَ جَ ازٍ عَ نْ
وَالِدِهِ شَیْئًا.
“Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di
dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya
dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apa dari ayahnya”. (QS. Luqman,
31:33)
مَنْ جَاھَدَ فَاِنَّھَا یُجَاھَدُ لِنَفْسِھِ.
“Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk
dirinya sendiri”. (QS. Al-Ankabut, 29:6)
Imam Fakhrur Razi telah memberi komentar tentang kepercayaan bolehnya
menghadiahkan pahala amalan kepada orang yang telah mati:
اِنَّ حَسَنَةَ الْغَیْرِ لاَ تُجْ زِى نَفْعً ا وَمَ نْ لَ مْ یَعْمَ لْ صَ الِحًا لاَیَنَ الُ خَیْ رًا فَیَكْمُ لُ بِھَ ا وَیَظْھَ رُاَنَّ
الْمُسِیْىءَ لاَیَجِدُ بِسَبَبِ حَسَنَةِ الْغَیْرِ ثَوَابًاوَلاَ یَتَحَمَّلُ اَحَدٌ عِقَابًا.
“Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak boleh memberi manfaat kepada
orang yang lain kerana sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak akan mendapat
kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah sempurna (memadai) dan jelas
bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan kebaikan orang
lain dan tidak ada orang lain yang boleh menanggung segala dosanya
(kesalahannya)”.

Imam at-Tabari juga telah menerangkan di dalam tafsirnya:
اَنَّھُ لاَیُجَازَى عَامِلٌ اِلاَّبِعَمَلِھِ خَیْرًاكَانَ اَوْشَرا.
“Bahawasanya tidak akan dibalas seseorang yang beramal melainkan
mengikut amalannya, jika baik dibalas baik dan jika buruk akan dibalas buruk”.[28]
Banyak nas-nas dari al-Quran yang menjelaskan perkara ini antaranya ialah firman
Allah ‘Azza wa-Jalla:
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَھِیْنَةٌ.
“Tiap-tiap jiwa (seseorang) bergantung kepada apa yang telah ia usahakan
(semasa hidupnya)” (QS. At-Thur, 52:21)
وَاَنْ لَیْسَ لِلاِنْسَانِ اِلاَّ مَا سَعَى.
“Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapatmelainkan (menurut)
apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)”. (QS. An-Najm, 53:39)
فَمَنْ یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَیْرًا یَرَاهُ ، وَمَنْ یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرا یَرَهُ.
“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan
melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia akan
melihatnya”. (QS. Az-Zilzal, 99:7-8)
یَوْمَ یَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ یَدَاهُ.
“Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan oleh kedua
tangannya”. (QS. An-Naba’, 78:41)
Berpandukan kepada semua nas-nas dan beberapa penafsiran di atas, terbuktilah
bahawa membacakan al-Quran dengan tujuan untuk menghadiahkan pahala amalan atau
pahala bacaannya kepada orang lain terutamanya orang mati adalah perbuatan sia-sia yang
membawa kepada bid’ah. Tambahan pula tidak pernah ada suruhan atau contoh dari Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, para sahabat atau kalangan Salaf as-Soleh yang
membolehkannya, maka perbuatan ini bukanlah sunnah kerana tidak ada dalilnya dari
syarak. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَیْرِ اَمْرنَا فَھُوَ رَدٌّ
“Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan dari suruhan kami
maka ia tertolak (sia-sia dan bid’ah)”

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: