WASIAT IBN UMAR (Radhiallahu ‘Anhuma)

radhiallahu ‘anhuma bahawasanya beliau berwasiat apabila beliau wafat (meninggal dunia)
supaya dibacakan di atas kuburnya surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari surah al-
Baqarah. Athar dari Ibn ‘Umar inilah antara yang dijadikan hujjah oleh mereka yang
menghalalkan perbuatan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah (al-Quran) atau bacaan
bertahlil untuk arwah orang-orang yang telah mati.
Menurut penelitian para ulama hadis dan kalangan ulama Ahli sunnah wal Jamaah,
ternyata athar dari Ibn ‘Umar ini adalah batil kerana bertentangan dengan amalan para
sahabat radiallahu ‘anhum. Athar ini juga didapati terlalu lemah dan syaaz (bertentangan
dengan hadis sahih), maka athar ini tidak dapat diterima untuk dijadikan hujjah,
menghalalkan amalan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran untuk arwah dan bertahlil
beramai-ramai untuk orang mati sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar
masyarakat Islam sejak sekian lama.
Riwayat ini juga tidak pernah diterima walaupun oleh seorang sahabat dan para
ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana keterangan di bawah ini:
وَاَمَّا مَا یَرْوِيْ عَنِ بْنِ عُمَرَ اَنَّھُ اُوْصِيَ بِقِرَاءَ ةِ الْفَاتِحَ ةِ وَخَ وَاتِمَ الْبَقَ رَةِ عَلَ ى قَبْ رِهِ فَھُ وَ
اَثَرٌ شَاذٌ لَمْ یَصِحْ سَنَدُهُ وَلَمْ یُوَافِقھُ عَلَیْھِ اَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ.
“Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn ‘Umar bahawasanya beliau
mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah
di atas kuburnya, maka itu adalah athar yang syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula

sanadnya. Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang
sahabat.”[30]
Begitu juga tidak ada suruhan membacakan al-Quran kepada orang mati atau yang
sedang nazak. Adapun hadis yang menyuruh agar dibacakan ayat al-Quran kepada orang
yang sedang nazak atau orang yang telah mati terutamanya surah Yasin adalah merupakan
hadis lemah. Di dalam sanad hadis ini terdapat seorang yang bernama Saad yang dikenali
oleh ulama hadis sebagai Abu ‘Uthman. Dia telah dipastikan oleh ulama hadis sebagai orang
yang tidak diketahui keadaannya مجھول الحال . Hadis yang dimaksudkan ialah:
اِقْرَؤُوْھَا عَلَى مَوْتَاكُمْ.
“Bacakanlah oleh kamu (surah Yasin) ke atas orang yang hampir mati dari
kalangan kamu”. (Hadith lemah) [31]
Menurut hadis yang sahih, perkara yang sunnah dilakukan kepada orang nazak
(bukan orang mati) ialah mengajarkan kalimah tauhid sebagaimana yang dijelaskan oleh
hadis di bawah ini:
لَقِّنُوْا عَلَى مَوْتَاكُمْ لاَ اِلَھَ اِلاَّ اللهُ
“Ajarkanlah oleh kamu orang-orang yang nazak di kalangan kamu dengan
kalimah: La ilaha illallah”.[32]
Adapun membacakan al-Quran ke atas orang mati telah diketahui ia perbuatan yang
diharamkan oleh Imam Syafie dan sama sekali tidak ada nas yang mengizinkan untuk
melakukan perbuatan tersebut malah bertentangan dengan nas al-Quran sebagaimana di
bawah ini:
اِنَّكَ لاَ تُسْمِعُ الْمَوْتَى.
“Sesungguhnya engkau tidak boleh menjadikan orang-orang yang telahmati
itu mendengar”. (QS. An-Naml, 27:80)
Melalui hujah-hujah di atas adalah jelas bahawa kenduri tahlilan hanyalah merupakan
amalan tradisi sesuatu bangsa. Ia kemudian dianggap sebagai amalan agama kerana ramai
yang mengamalkannya. Tetapi pada hakikatnya ia bukanlah suruhan atau amalan sunnah
sebagaimana yang disangka oleh sebahagian masyarakat yang tidak mengkaji asal usul
kenduri tahlilan tersebut.

Ada juga beberapa riwayat mengenai suruhan bacaan surah al-Fatihah, surah al-
Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas kemudian pahalanya dihadiahkan kepada arwah
orang yang telah mati. Riwayat-riwayat tentang perkara ini juga tidak sah (batil) kerana ianya
juga bertentangan dengan al-Quran, hadis yang sahih dan perbuatan (amalan) para sahabat,
tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in (para salaf asSoleh) dikurun al-mufadalah (kurun terbaik). Antara
hujjah untuk menguat dan menghalalkan perbuatan mereka ialah hadis berikut:
مَنْ قَرَاَ قُلْ ھُوَ اللهُ اَحَدٌ اَلْفَ مَرَّةٍ فَقَدْ اشْتَرَى نَفْسَھُ مِنَ النَّاسِ (حدیث موضوع)
“Barangsiapa yang membaca Qulhuwallahu Ahad sebanyak seribu kali,maka
sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dari api neraka”. (Hadis Palsu)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: